WRONG SIZE? DONT WORRY. WE OFFER YOU EASY RETURNS..! Return Policy
Cart 0

CARA TABUNGAN UMRAH 4 TAHUN

[MENABUNG DAN PERGI UMRAH DALAM MASA 3 TAHUN++]

Setiap umat Islam pasti ada keinginan dan impian untuk menunaikan umrah. Ya lah walaupun tidak wajib, tetapi tetap ada dalam hati nak menjejakkan kaki sebelum tunaikan haji. Betul kan?

Namun, tak semua mampu untuk tunaikan umrah. Antara kekangannya ialah wang yang belum cukup.

"Tapi saya tengok, ada orang dah banyak duit tak pergi-pergi pun umrah atau haji"

Pernah jumpa orang macam ini? Ya selain faktor kewangan, faktor paling utama ialah belum lagi mendapat Rezeki dari Allah.

Menjejakkan kaki ke tanah suci untuk tunaikan umrah atau haji adalah REZEKI. Sebab itu kita akan nampak banyak orang yang ada duit, dan kesihatan tapi masih belum sempat untuk tunaikan umrah atau haji

Untuk itu, perkara paling utama untuk kita buat ialah Doa kepada Allah untuk direzekikan ke tanah suci. Kemudian tanam azam sungguh-sungguh ; letak tarikh bila dan buat kira-kira berapa wang yang diperlukan.

Untuk artikel kali ini, saya nak share kira-kira menabung duit untuk umrah.

1- Pilih agensi umrah yang reliable dan harganya tidak terlalu mahal. Sekarang ini average harga dalam 5500 - 6500 seorang, Untuk pakej ini just nice dan masih dalam jangkauan setiap orang.

2- Jangan pilih tarikh cuti sekolah. Pilih bukan masa cuti umum Malaysia, sebab waktu begini biasanya agensi letakkan sedikit murah berbanding hari cuti.

3- Contoh Gaji RM1500.

Simpah 10% setiap bulan iaitu Rm150 sebulan, autodebit terus ke tabung haji. Sekarang ini ada banyak bank dah buat. Antaranya Maybank.

Pakej Umrah contoh RM6500 (amik paling max).

Tahun pertama Rm150 x 12 bulan RM1800 (masuk tabung haji)

Tahun kedua RM150x12 RM1800 + (1800 fist year x 6.25% (berdasarkan TH) = 112.5) = 3712.50

Tahun ketiga RM150x12 RM1800 + (3712.5 X 6.25% = 232) = RM5744.5

Tahun Keempat RM150x12 RM1800 + (5744.5 X 6.25% = 360) = RM7904


Tahun keempat dapat RM7904.

Tolak duit pakej RM6500

Ada baki RM1404 boleh dijadikan duit belanja semasa di tanah suci.


Nampak pengiraan ringkas tabungan Umrah? Apa yang penting, AZAM dan Doa kepada Allah. Dan kemudian lakukan 3 step di atas. InsyaALlah Allah mudahkan urusan kita semua tunaikan umrah secepat mungkin.

Korang rasa artikel ini bermanfaat? Tekan SHARE untuk sama-sama kita semua cepat tunaikan umrah :)



=========================================

Bakal Tunaikan Umrah?

Dapatkan kasut Venko di sini >> https://www.venkostore.com/collections/kasut-tawaf-saie



Older post