WRONG SIZE? DONT WORRY. WE OFFER YOU EASY RETURNS..! Return Policy
Cart 0

CHECK LIST KEPERLUAN TUNAIKAN HAJI

Menunaikan Fardhu haji adalah keinginan setiap Muslim. Apabila dah sampai sana, dan bila pulang ke tanah air, kerinduannya memanng tidak terrtahan-tahan.

Tapi sebelum ke sana, perlulah bersedia termasuklah agar ibadah lebih sempurna.

Di bawah ini ada beberapa senarai semak untuk disiapkan sebelum menunaikan fardhu haji di tanah haram.


1- Ubat-ubatan. 

Pastikan membawa ubat yang secukupnya. Walaupun kita ada pegawai perubatan di sana. Tapi sebaiknya kita sudah siap-siapkan untuk keperluan sendiri. Takdelah nanti tengah-tengah wukuf ke atau berada di kawasan yang tak ramai pegawai perubatan, kita kelamkabut cari ubat. Antara ubat asas yang boleh kita siapkan ialah, ubat cirit birit, ubat batuk, panadol dan ubat untuk penyakit kita sendiri.


2- Hangers - bulat & kecil
Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering.


3- Beg Plastik
Bawa beg plastik - Giant/Jaya Jusco/Metro dll untuk merendam kain tak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh.


4- Serbuk Pencuci 
Beli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah 'hard water/treated water' (air laut yang telah diproses)dan mencuci pakaian dng sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan buih.


5- Hangers - bulat & kecil
Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering.

 
6- Penyangkut Baju 
Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk
mengeringkan pakaian di dalam bilik air


7- Jubah
Apabila menempah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, buat poket yang agak dalam dan jahitkan zip (conceal zip). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket.

Sediakan 2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di Arafah/Mina.Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang. Ada dikalangan jemaah wanita yang hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah ataupun T-shirt) semasa sembahyang dan sungguh tak elok sekali dipandang dari belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf belakang.


8- Stokin
Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin, apabila sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja (Boleh dibeli di butik Munawarrah, Taman Tun Dr Ismail)



9- Botol Spray
Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada air
langsung dalam bilik air.

Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam khemah melegakan rasa bahang panas.


10- Moisturiser/lip balm 
Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elak drpd beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!)


11- Skin Repair/Vaseline
Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah.


12- Sunglasses 
Kalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai sunglasses, kalau tidak mata tak boleh buka langsung.


13- Bantal Kecil (Cushion) 
Ini untuk di gunakan apabila di Mina dan Arafah. Pihak TH/ejen hanya sediakan tilam. Air Pillow (SR8/=) boleh dibeli di Mekah.


14- Tuala Kecil 
Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray. Beg yang dibenar bawa untuk ke Mina/Arafah ialah yang TH beri sahaja. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya bawa beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk memuatkan dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong.


15- Kasut (tanda nama - initials)
Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar - utk elakan dipijak selipar dari belakang. Beli di Msia kasut Bata yg murah atau kasut kung fu berwarna hitam. Untuk lelaki, elok pakai sandal (selipar bertali)


16- Selipar Jepun (tanda nama - initials) 
Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk pergi ke bilik air.


17- KASUT TAWAF SAIE

Kasut ini paling penting. Untuk memudahkan, dan menyempurnakan ibadah saie dan tawaf kita di masjidilharam. Kasut tawaf saie venko memang sangat diperlukan semasa di tempat saie dan tawaf. Memandangkan lantai tawaf dan saie agak licin dan berisiko untuk terjatuh. Menggunakan kasut venko dapat pastikan risiko jatuh tidak berlaku, dan melindungi kaki dari panas dan sejuk.


kalau nak order kasut venko, boleh KLIk di sini >> ORDER




Newer post